gambar-gambar kursus

Pengetua  SMKTP
Pengetua SMKTP ~En Chan Kok Wai

Selasa, April 12, 2011

Bengkel Pengoperasian Data LADAP (School Based) 2011


Perjumpaan dengan penyelaras-penyelaras atau setiausaha LADAP seramai 124 orang (81 dari SK dan 43 orang dari SMK) di daerah Kuantan telah diadakan pada hari ini (12 hb. April,2011) bertempat di SK Pelindung. Bengkel ini dimulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang.


Tujuan perjumpaan atau perbengkelan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada penyelaras atau setiausaha LADAP berkaitan kaedah pengumpulan data secara sistematik menggunakan program SPSS dan Simala.


Program ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuantan iaitu En Wan Abdul Hamid Wan Mohammad. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan segala program sekolah yang berupa ceramah, seminar, taklimat dan bengkel adalah dianggap sebagai program ladap secara school based.

Program ini dibahagikan kepada 2 slot iaitu :

Slot 1 : Pengenalan Program Simala yang disampaikan oleh Pn Azeani Salwana Kamaruzaman iaitu Pegawai NKRA PPD Kuantan.



Slot 2 : Pengumpulan Data LADAP menggunakan program SPSS 12 atau SPSS 17 yang disampaikan oleh En Ahmad Rizal Md Isa,tenaga pengajar SMK Seri Mahkota. Beliau adalah jurulatih utama LADAP Daerah Kuantan.



Tindakan susulan yang perlu dilaksanakan oleh penyelaras/setiausaha LADAP selepas perbengkelan ini ialah mengedarkan borang soal selidik kepada guru-guru di sekolah masing-masing bagi menilai kembali keperluan kursus yang dikehendaki oleh guru-guru.

Sabtu, April 09, 2011

Pengumpulan Data LADAP (School Based) Kali Pertama,2011

Pengumpulan data LADAP secara school based akan dilakukan sebanyak 4 kali dalam setahun iaitu bulan April, Jun, Ogos dan Oktober.

Pengumpulan data kali pertama pada tahun 2011, akan diadakan pada 12hb. April,2011 (Selasa) bertempat di SK Pelindung dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari. Oleh itu, saya sebagai penyelaras LADAP memohon kerjasama semua guru SMKTP menyerahkan kad biru selewat-lewatnya pada 11hb. April,2011(Isnin) untuk perekodan hari berkursus dan book review.

P.S~Jumlah 7 hari berkursus/book review diambil kira sebagai satu kriteria untuk diberi APC.

Jumaat, April 01, 2011

Perlu Adakan In House Training/Kursus Dalaman

Kepada semua Ketua Panitia, pastikan guru-guru yang menghadiri kursus/bengkel/taklimat dan seminar mengadakan "in house training/kursus dalaman" supaya maklumat yang disampaikan oleh JPNP dan PPD dimaklumkan kepada ahli-ahli panitia.

Tarikh dan masa "inhouse training/kursus dalaman" boleh diadakan seminggu selepas guru-guru berkenaan mengikuti kursus/bengkel/taklimat yang diberikan oleh JPNP atau PPD.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...