gambar-gambar kursus

Pengetua  SMKTP
Pengetua SMKTP ~En Chan Kok Wai

Khamis, Ogos 20, 2009

Borang Soal Selidik Kajian Keperluan Kursus 2010

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam mesyuarat penyelaras-penyelaras ladap 'school based' daerah Kuantan di PPD Kuantan pada 20 Ogos, 2009, setiap guru diminta mengisi borang soal selidik (klik gambar).

Soal selidik ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis kursus/latihan yang diperlukan berdasarkan permintaan guru-guru.

Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada guru-guru pada 01 September,2009 (Selasa) dan perlu diserahkan kepada penyelaras ladap (Pn Megawati Mukhtar) selewat-lewatnya pada 07 September, 2009 (Isnin) untuk dibuat penganalisisan.

Isnin, Ogos 10, 2009

Bengkel Pengisian Blog SMK Tanah Putih










Lanjutan daripada Kursus ICT 2 yang telah diadakan pada 20 Jun,2009, AJK Pengisian Blog telah mengikuti kelas pembinaan/pengisian blog mulai tarikh 29 Jun, 2009 hingga 6 Ogos, 2009 selama satu jam (1.05 hingga 2.10 petang). Kelas ini diadakan setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Fasilitatornya terdiri daripada :
  • En Awang Mahadi Ali (hari Isnin)
  • Pn Nurshuhadah Mohamad (hari Selasa)
  • En See Koon Suan (hari Rabu)
  • Pn Zulfazila Zulkifli (hari Khamis)
  • Pn Nuraizatul (hari Jumaat~2.00 hingga 2.45 petang)

gambar-gambar ajk blog


ajk blog smktp

Pendekatan Pelaksanaan Dasar LADAP Tahun 2010 & 2011

se23072009

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...