gambar-gambar kursus

Pengetua  SMKTP
Pengetua SMKTP ~En Chan Kok Wai

Isnin, November 02, 2009

Jumlah Hari Berkursus Guru-Guru

JUMLAH HARI BERKURSUS 2009 ">

Kursus Protokol & Etiket Sosial

























Kursus protokol dan etiket anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKTP telah diadakan pada 31 Oktober,2009 (Sabtu). Fokus utama kursus ini ialah :

  • Protokol Berpakaian
  • Protokol Majlis Penyampaian Hadiah
  • Etiket Di Meja Makan (Majlis formal)
  • Etiket Berdiri
  • Susunan Bendera
  • Susunan Gambar
Kursus ini disampaikan oleh En. Jamaluddin Kasim yang merupakan guru kaunselor di SMK Peramu Jaya, Pekan. Ceramah yang diselang-selikan dengan jenaka melahirkan suasana ceria dan tidak membosankan dalam kalangan peserta.


laporan penuh kursus

Rabu, Oktober 28, 2009

LADAP KETUJUH,2009

Kursus atau Latihan Dalam Perkhidmatan School Based yang terakhir bagi tahun ini(yang sepatutnya diadakan pada 8 Ogos,2009) akan diadakan pada tarikh 31 Oktober,2009 (Sabtu). Tajuk kursus ini ialah Protokol & Etiket yang dianjurkan Pihak Kaunseling & Bimbingan Sekolah (diketuai oleh Pn Rohani Deraman).

Aturcara program dimulakan dengan pendaftaran jam 7.45pagi di kelas 5A3. Bahan-bahan berkursus akan diedarkan kepada guru-guru semasa pendaftaran.

Bagi guru-guru yang belum membuat tuntutan perjalanan, dikehendaki mengisi borang tuntutan perjalanan pada hari berkursus dan menyerahkannya kepada penyelaras ladap, Pn. Megawati Mukhtar.

Khamis, Ogos 20, 2009

Borang Soal Selidik Kajian Keperluan Kursus 2010

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam mesyuarat penyelaras-penyelaras ladap 'school based' daerah Kuantan di PPD Kuantan pada 20 Ogos, 2009, setiap guru diminta mengisi borang soal selidik (klik gambar).

Soal selidik ini diadakan bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis kursus/latihan yang diperlukan berdasarkan permintaan guru-guru.

Borang soal selidik ini akan diedarkan kepada guru-guru pada 01 September,2009 (Selasa) dan perlu diserahkan kepada penyelaras ladap (Pn Megawati Mukhtar) selewat-lewatnya pada 07 September, 2009 (Isnin) untuk dibuat penganalisisan.

Isnin, Ogos 10, 2009

Bengkel Pengisian Blog SMK Tanah Putih










Lanjutan daripada Kursus ICT 2 yang telah diadakan pada 20 Jun,2009, AJK Pengisian Blog telah mengikuti kelas pembinaan/pengisian blog mulai tarikh 29 Jun, 2009 hingga 6 Ogos, 2009 selama satu jam (1.05 hingga 2.10 petang). Kelas ini diadakan setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Fasilitatornya terdiri daripada :
  • En Awang Mahadi Ali (hari Isnin)
  • Pn Nurshuhadah Mohamad (hari Selasa)
  • En See Koon Suan (hari Rabu)
  • Pn Zulfazila Zulkifli (hari Khamis)
  • Pn Nuraizatul (hari Jumaat~2.00 hingga 2.45 petang)

gambar-gambar ajk blog


ajk blog smktp

Pendekatan Pelaksanaan Dasar LADAP Tahun 2010 & 2011

se23072009

Sabtu, Julai 25, 2009

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH











Bengkel pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam(Ketua Panitia:Pn. Nor Azimah Hitam) telah diadakan pada 25 Julai,2009. Bengkel ini diadakan dalam 2 slot iaitu :
  • slot pertama : ceramah oleh Pn. Mahaya (dewan baru)
  • slot kedua : bengkel pengurusan jenazah (surau-pelajar perempuan;dewan baru-pelajar lelaki)











gambar-gambar kursus

BENGKEL KALIGRAFI


Bengkel kaligrafi dianjurkan oleh Panitia Bahasa Cina (Ketua Panitia:Puan Kuek Aye Noi)
pada 25 Julai,2009 dan bertempat di Makmal Komputer SMKTP.













Kursus ini disampaikan oleh Cik Lee Hsiang Chuen
(salah seorang tenaga pengajar Bahasa Cina di SMK Tanah Putih).

Kehadiran En. Moy Wah Goon ke bengkel ini telah menyuntik semangat kepada peserta untuk mengikuti bengkel ini dengan lebih tekun.




.









Bengkel diakhiri dengan penyerahan sijil oleh Pn Kuek Aye Noi kepada peserta-peserta kursus.


Pn Kuek Aye Noi menyerahkan sijil kepada Pn Tan Seok Lee



Pn Kuek menyerahkan sijil kepada Encik Chin Wai Fatt


Pn Wong Soon Moi menerima sijil daripada Pn Kuek.

Penyerahan sijil oleh Pn Kuek kepada Pn Chan Mee Lan



laporan penuh kursus

Selasa, Julai 14, 2009

Bengkel Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Agama Islam

Ketiga-tiga bengkel ini telah berlangsung serentak di SMK Tanah Putih pada 11 Julai, 2009.



Bengkel Bahasa Melayu

Guru-guru B.M yang mengajar tingkatan 4 dan 5 sibuk
menyiapkan modul untuk digunakan dalam P & P,
dengan tujuan meningkatkan prestasi BM pada tahun ini.


Lokasi : Makmal Komputer




Bengkel Matematik SPM

Guru-guru matematik (sesi pagi dan sesi petang) bersatu hati,berpadu tenaga memberi bimbingan kepada pelajar bagi memastikan keputusan cemerlang dalam SPM nanti.

Lokasi : Makmal Kimia 1


Bengkel Teknik Menjawab
Soalan PAI PMR

Pelajar-pelajar teruja dengan kehadiran Tuan Pengetua (En. Moy Wah Goon) ketika bengkel sedang berlangsung. Puan Ruhani Deraman bertindak sebagai penceramah memberi teknik-teknik penting yang perlu diikuti pelajar semasa menjawab soalan PAI PMR nanti.

Lokasi : Makmal Kimia 2

Sabtu, Julai 11, 2009

Bengkel Batik






























Panitia Pendidikan Seni Visual (Ketua Panitia:Pn. Norhayati Hashim) telah menganjurkan Bengkel Batik pada 11 hb. Julai,2009. Bengkel batik ini diadakan di Natural Batik Village, Balok. Seramai 46 peserta telah menyertai Bengkel Batik ini.

Di akhir kursus, Puan Norhayati Hashim telah memilih tiga pemenang untuk aktiviti mewarnakan kain canting. Mereka ialah:
  • En Eng Jeng Hong (tempat pertama)
  • Cik Tan Shou Shan (tempat kedua)
  • Pn Rosnita Ahmad Kasrin (tempat ketiga)

laporan penuh kursus

Jumaat, Jun 26, 2009

Kursus ICT 2





















Kursus ICT 2 dianjurkan oleh Bahagian Teknik & Vokasional
(Ketua Bidang:En Awang Mahadi Ali). Kursus ini telah diadakan
pada 20 Jun,2009 bertempat di Makmal Komputer, SMKTP.



Kursus ini dibahagikan kepada 2 bahagian:
  • Bengkel Asas Komputer,Emel & Internet
  • Pengisian Portal SMKTP.EDU.MY
laporan penuh kursus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...