gambar-gambar kursus

Pengetua  SMKTP
Pengetua SMKTP ~En Chan Kok Wai

Sabtu, Julai 25, 2009

BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH











Bengkel pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam(Ketua Panitia:Pn. Nor Azimah Hitam) telah diadakan pada 25 Julai,2009. Bengkel ini diadakan dalam 2 slot iaitu :
  • slot pertama : ceramah oleh Pn. Mahaya (dewan baru)
  • slot kedua : bengkel pengurusan jenazah (surau-pelajar perempuan;dewan baru-pelajar lelaki)











gambar-gambar kursus

BENGKEL KALIGRAFI


Bengkel kaligrafi dianjurkan oleh Panitia Bahasa Cina (Ketua Panitia:Puan Kuek Aye Noi)
pada 25 Julai,2009 dan bertempat di Makmal Komputer SMKTP.













Kursus ini disampaikan oleh Cik Lee Hsiang Chuen
(salah seorang tenaga pengajar Bahasa Cina di SMK Tanah Putih).

Kehadiran En. Moy Wah Goon ke bengkel ini telah menyuntik semangat kepada peserta untuk mengikuti bengkel ini dengan lebih tekun.




.









Bengkel diakhiri dengan penyerahan sijil oleh Pn Kuek Aye Noi kepada peserta-peserta kursus.


Pn Kuek Aye Noi menyerahkan sijil kepada Pn Tan Seok Lee



Pn Kuek menyerahkan sijil kepada Encik Chin Wai Fatt


Pn Wong Soon Moi menerima sijil daripada Pn Kuek.

Penyerahan sijil oleh Pn Kuek kepada Pn Chan Mee Lan



laporan penuh kursus

Selasa, Julai 14, 2009

Bengkel Bahasa Melayu, Matematik dan Pendidikan Agama Islam

Ketiga-tiga bengkel ini telah berlangsung serentak di SMK Tanah Putih pada 11 Julai, 2009.



Bengkel Bahasa Melayu

Guru-guru B.M yang mengajar tingkatan 4 dan 5 sibuk
menyiapkan modul untuk digunakan dalam P & P,
dengan tujuan meningkatkan prestasi BM pada tahun ini.


Lokasi : Makmal Komputer




Bengkel Matematik SPM

Guru-guru matematik (sesi pagi dan sesi petang) bersatu hati,berpadu tenaga memberi bimbingan kepada pelajar bagi memastikan keputusan cemerlang dalam SPM nanti.

Lokasi : Makmal Kimia 1


Bengkel Teknik Menjawab
Soalan PAI PMR

Pelajar-pelajar teruja dengan kehadiran Tuan Pengetua (En. Moy Wah Goon) ketika bengkel sedang berlangsung. Puan Ruhani Deraman bertindak sebagai penceramah memberi teknik-teknik penting yang perlu diikuti pelajar semasa menjawab soalan PAI PMR nanti.

Lokasi : Makmal Kimia 2

Sabtu, Julai 11, 2009

Bengkel Batik






























Panitia Pendidikan Seni Visual (Ketua Panitia:Pn. Norhayati Hashim) telah menganjurkan Bengkel Batik pada 11 hb. Julai,2009. Bengkel batik ini diadakan di Natural Batik Village, Balok. Seramai 46 peserta telah menyertai Bengkel Batik ini.

Di akhir kursus, Puan Norhayati Hashim telah memilih tiga pemenang untuk aktiviti mewarnakan kain canting. Mereka ialah:
  • En Eng Jeng Hong (tempat pertama)
  • Cik Tan Shou Shan (tempat kedua)
  • Pn Rosnita Ahmad Kasrin (tempat ketiga)

laporan penuh kursus

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...